Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Sistani dan Ayatullah Syeikh Isa Qasim pada subuh semalam bertemu di bandar Najaf, Iraq.
Syeikh Isa Qasim yang baru pulang dari London untuk mendapatkan rawatan perubatan singgah ke bandar Najaf sebelum pulang ke Bahrain.
Ulama yang gigih memperjuangkan hak warga Bahrain itu melawat Makam Imam Ali buat kali pertama selepas 50 tahun.
Kedua-dua mereka berbincang berkenaan pelbagai isu dan Ayatullah Sistani juga sempat mendoakan kesembuhan buat Syeik Isa Qasim.
Bahrain menyaksikan pergolakan dalaman berikutan kekerasan yang dilancarkan oleh rejim Khalifah ke atas warga negara tersebut yang menuntut perubahan di negara Teluk Parsi tersebut.
29 Disember 2018 - 17:31
News ID: 922692
Ayatullah Sistani dan Ayatullah Syeikh Isa Qasim pada subuh semalam bertemu di bandar Najaf, Iraq.